Thursday, March 17, 2011

Antara Dua Kesukaran

Sememangnya hidup kita sentiasa berada dalam kesukaran dan kesusahan. Susah dan sukar diri kita sebagai manusia beriman. Sukar kerana sang nafsu sentiasa mengajak kearah kebinasaan dan kerosakan. "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku ( maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu ). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Surah Yusuf Ayat 53.
.
Iman mengajak kepada Allah SWT. Diri yang dikuasai iman akan tenang dengan keyakinan kepada Allah. Berlakulah suatu tindakan murni dan bersih mengikut acuan al-Islam. Tetapi kadang-kadang berlaku dalam hati bilamana mengikut acuan agama akan kehilangan pengaruh dan penghormatan. Seorang yang ingin mengikut acuan agama terpaksa merendah diri dan berlaku jujur kepada orang lain.
.
Ketulenan dan keaslian dalam hidup beragama seseorang itu dapat dilihat ketika belum diuji dengan kebendaan. Keikhlasan seseorang dalam beragama dapat dilihat jika belum bertembung diri dengan tafsiran pengaruh dalam masyarakat atau persatuan.
.
Sukarnya mendapatkan ikhlas kerana terpaksa berkorban hati dan perasaan. Menerima cadangan dan pandangan seseorang hakikatnya bukanlah merendah dan menghina diri kepada pencadang dan pengutara pandangan itu. Tetapi bagi seorang yang berhati rosak mementingkan diri dan peribadi akan bertukar rahsia hati dimana dirinya merasa menerima pandangan orang lain akan menjatuh nilai penghormatan dan maruah dirinya.

Tuesday, August 11, 2009

Pertembungan "Ori" dan diri...

Tentunya "ori" dikaitkan dengan orang. Orang yang jadi ukuran, samada ia seorang yang "ori" atau sebaliknya. Keluasan makna "ori" berkaitan dengan kesenian perlakuan manusia dan persembahannya dipentas dunia ini. Semuanya ada penilaian. Kait mengait bertali arus.

Penggunaan "ori", banyak dikaitkan dengan tajuk perbincangan semasa. Kalau berbincang tentang keikhlasan maka jika seseorang itu nampak tidak ikhlas maka orang itu "tidak ori". Nampak kah seseorang itu ikhlas atau tidak ?

Kehidupan mutakhir ini, samada orang yang "ori" Malaysia atau orang "tidak ori" seperti pendatang dari Thailand, Kemboja, Myanmar, Indo dan sebagainya disini...kalau dalam kehidupannya menggunakan kedudukan sebagai tokoh pejuang atau mendakwa dirinya sebagai pejuang...atau tokoh agama tiba-tiba nampak kelibat keputusan dan pembawaan serta pendekatannya untuk kesenangan diri maka itu dikatakan "tidak ori" lah. Itu diantara yang perlu difahami dengan "ori".

Untuk membawa diri, mewatak dengan watak "ori" dan persembahan yang "ori" memang payah. Ia mencabar kepentingan peribadi kita sendiri. Seorang yang tidak mementingkan diri, tiada padanya ketakutan, penelitian, hati-hati, mencari berbagai pendekatan dan kira-kira untuk menyampaikan kebenaran yang "ori" dari al-Quraan dan al-Hadith. Otaknya sentiasa pula berfikir macamana supaya nampak "ori" kerana orang yang tidak "ori" ini tahu bahawa dia tidak "ori". Asasnya kita tidak boleh tipu diri sendiri.

Yang dia tahu dan mahu ialah kebenaran perlu di jelas dan disampaikan semaksima mungkin. Jelas dan nyata tanpa sembunyi. Jadilah ia seorang yang diiktiraf sebagai aktivis yang "ori". Itulah kebenaran dan itulah pendekatan. Itulah kerja Islam dan itulah perjuangan yang tulen. Perjuangan "ori"

Bagi seorang yang tidak "ori" mungkin masih ada ruang lagi untuk berselindung disebalik uslub dakwah. Tidak dinafikan uslub dakwah adalah sesuatu yang perlu diambil kira dalam berdakwah tapi uslub dakwah seorang yang berkepentingan tentu berbeza dengan uslub dakwah seorang tiada kepantingan. Wujudlah polemik baru tentang uslub dakwah antara seorang yang tiada kepentingan dengan seorang yang berkepentingan yang berselindung disebalik kebenaran.

Seorang yang mementingkan keekonomianannya, untuk memperelokkan rumah yang belum siap, merancang untuk tukar kereta baru, bercita-cita untuk melancung dan ada hasrat untuk cipta nama sebagai orang yang senang kedudukannya, takut diambil tindakan oleh majikan, gerun terhadap penguasa, bimbang jika dipulau orang tidak sefahaman yang menghilangkan pengormatan terhadap dirinya maka pembawaan wataknya cukup rapuh dan lemah serta tidak menampakkan keaslian dan ketulenan...tiada "ori" dalam persembahannya.

Kesemua yang disebut itu adalah sesuatu yang perlu difikirkan. Mana salahnya membuat perancangan demikian. Memperelok...apatah mempersiapkan rumah, tukar kereta baru untuk ketangkasan gerak kerja, melihat kebesaran Allah yakni melancung, mahu jadi orang senang dan kaya, selamatkan diri dari tindakan disiplin, jangan dipulau orang ramai....kena ambil kira. Tapi persoalannya urusan perjuangan tidak "ori". Al-Quraan dan al-Hadith yang menjadi matlamat wajib disampaikan jadi tidak menjadi perkara utama kerana perkara tersebut memberkas diri dengan kepentingan. Apatah jika ada kepentingan dikedua belah pihak !

Kalau terjadi itu semua macamana ?. Susahlah !.....Jadi, "kena liar, jangan ikut sangat, kena pandai-pandai pusinglah, dia orang tu tak nampak, pandailah belit"

Ini adalah sebahagian dari rempah ratus catatan "ori" dari bahasa alam yang cukup berseni

Pendedahan "Ori"...[ 1 ]
-Hamur-11:47pm.Sa

Keaslian - Ketulenan....."Ori"

Intro
"Ori"
Mudah...difaham, ditulis...ringkas dan padat

Popular...diguna ramai tua muda...mudah selesai

Sesuai...untuk sebarang penggunaan...bermatlamat

Yakin...keaslian, ketulenan...menguatkan keimanan

Berani...gambaran kebenaran perjuangan...sifat pejuang

Sinis...kepada sasaran ...berpengajaran

Mantap...dengan fakta... dikehendaki semua pihak

Bahaya...tajam...ditakuti sesiapa saja

Mesra...bersahabat...bersaudara dengan dan untuk semua

Bisa...ubat pahit...sukar dicari

Santai...sesuai, bersahaja...remaja dan tua...lelaki perempuan

Faham...kaji teliti...tanpa kepentingan

Harap...mengorek hati...memurni keikhlasan

Amaran...jangan untuk makan diri...kosong akhirat rugi tak terperi

Selamat...membina diri dan masa depan

"Ori"...untuk semua diri...
Hamur-Selasa-9:01pm